Menurut
AE Tansley dan R.Cullifor, kanak-kanak murid pemulihan didefinisikan sebagai kanak-kanak yang mempunyai intelek dan
kecerdasan yang rendah juga kurang
berkebolehan menerima pendidikan
biasa. Sharifah Rahmah Ali pula menyatakan bahawa kanak-kanak
pemulihan ialah kanak-kanak
yang gagal menerima
pelajaran dan mereka
ini berkemampuan mempunyai
kecerdasan yang tinggi, yang
sederhana dan di
bawah paras sederhana. Murid Pemulihan Khas ialah murid
yang menghadapi kesukaran dalam penguasaan kemahiran asaas 3M
disebabkan oleh faktor persekitaran dan bukan kognitif. (Jabatan Pendidikan
Khas, KPM, 2008)
Robial Kulop (1992) menyatakan bahawa
kanak-kanak lambat sebagai kanak-kanak yang lemah dan kurang berkemampuan jika dibandingkan dengan kanak-kanak
yang lain. Terdapat tiga kategori kanak-kanak pemulihan yang dinyatakannya
iaitu:
Manakala Jamilah Ahmad (1999) turut menyenaraikan
beberapa ciri-ciri murid yang lemah dalam pembelajaran. Antaranya:
v Tahap
penguasaan sesuatu kemahiran
seperti kemahiran lisan, bacaan ataupun
penulisan adalah lambat.
v Tidak
boleh atau lemah dari segi mengubah ilmu pengetahuan kepada situasi
pembelajaran yang lain.
v Lambat untuk mengenal pasti sesuatu perkataan dari segi sebutan dan makna.
v Sering lupa mengenai apa yang telah diajar
oleh guru.
v Tidak berminat untuk mengikuti proses
pengajaran dan pembelajaran
v Lemah dari segi pengamatan, pendengaran dan penglihatan.
v Sentiasa bersendirian dan bersikap negatif seperti
rendah diri dan mudah putus asa.
v Kerap ponteng sekolah dan
bermasalah tingkah laku.
v Seorang yang pendiam, pemalu dan sukar untuk bertindak balas.
Menurut Haliza
Othman, 2012, antara ciri-ciri kanak-kanak
pemulihan ialah:
Masalah
penguasaan pembelajaran
yang dihadapi oleh murid pemulihan terbahagi kepada beberapa masalah yang
melibatkan masalah dalam kemahiran mendengar dan bertutur, masalah dalam
kemahiran membaca, serta masalah dalam kemahiran menulis. (BMM 3106
Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah)
No comments:
Post a Comment