4.0 Kaedah Pelaksanaan Program


Program pemulihan merupakan satu program yang bertujuan untuk membantu murid-murid yang tidak menguasai kemahiran menulis, membaca dan mengira. Dalam melaksanakan program tersebut  program ini memerlukan satu proses yang saling berkaitan di antara satu sama lain. Proses yang terlibat ialah pencalonan  murid dan pengumpulan maklumat, ujian saringan, ujian diagnosik dan ujian pengamatan, pengajaran dan pembelajaran, penilaian, tindakan susulan. Proses perlaksanaan Program Pemulihan Khas bermula seperti dalam carta aliran di atas.

      (i) Pencalonan murid pemulihan

                       Proses pertama bagi pelaksanaan program ialah pencalonan murid pemulihan. Pencalonan murid pemulihan adalah proses utama kepada pemilihan calon untuk ditempatkan di dalam program pemulihan. Pencalonan murid boleh dilakukan oleh empat pihak iaitu guru kelas, guru besar, guru mata pelajaran ataupun ibu bapa dan penjaga murid. Antara peranan pihak tersebut adalah seperti berikut:


Bagi murid-murid yang tahun 1, mereka boleh dicalonkan  berdasarkan kepada  Ujian pelepasan KIA 2M bagi murid Tahun 1.  Kelas Intervensi Awal Membaca dan Menulis (KIA2M) ialah program khusus untuk membantu murid tahun satu menguasai kemahiran membaca dan menulis. (Mohd Isa Abd Razak, 2009) Program ini bermula pada tahun 2006 dan dilaksanakan oleh guru Bahasa Melayu. Bagi  murid yang tidak melepasi Ujian Pelepasan KIA 2M maka mereka layak dicalonkan untuk mengikuti saringan program pemulihan. Mereka yang berjaya melepasi akan dimasuk ke kelas biasa. Masa yang paling baik sekali ialah di awal tahun persekolahan.


 (ii) Pengumpulan maklumat

Selepas pencalonan murid dilaksanakan, proses seterusnya merupakan pengumpulan maklumat murid. Maklumat dan prestasi akademik murid akan menentukan murid tersebut perlu mengikuti Program Pemulihan Khas. Butir-butir individu dan prestasi murid akan menolong guru pemulihan memahami murid yang dicalonkan. Ini akan membolehkan seorang guru pemulihan membuat keputusan sama ada murid itu akan mengikuti program pemulihan atau sebaliknya. Daripada rekod peribadi, guru pemulihan khas dapat mengetahui tentang beberapa aspek penting seperti kesihatan dan taraf sosio-ekonomi murid. Daripada rekod individu, guru pemulihan dapat tahu tentang beberapa aspek penting seperti kesihatan, taraf ekonomi keluarga dan kebudayaan di rumah yang mungkin ada hubungan dengan kegagalan murid. Kemajuan akademik dapat menunjukkan prestasi murid dalam mata pelajaran-mata pelajaran asas. Sumber-sumber untuk mendapat maklumat adalah seperti berikut:



      I.        (iii) Ujian saringan

Setelah selesai pengumpulan maklumat murid, ujian saringan perlulah dilaksanankan. Ujian saringan  Ujian saringan bertujuan untuk menentukan calon yang layak untuk dimasukkan ke program pemulihan khas. Ujian saringan ialah satu instrumen pengukuran yang menyeluruh terhadap kekuatan dan kelemahan dalam penguasaan kemahiran-kemahiran asas oleh murid secara individu untuk dicalonkan bagi mengikuti Program Pemulihan Khas. Ujian ini dapat mengesan murid-murid yang lemah dan memerlukan bantuan pemulihan khas. (Buku Panduan Pelaksanaan Program Pemulihan Khas (Masalah Penguasaan 3M), 2003)

Bahan atau topik dalam Ujian Saringan merangkumi hanya kerja-kerja yang telah diajar oleh guru kelas sehingga masa saringan diberikan. Oleh itu senarai kemahiran yang diuji hendaklah ditentukan dan direkodkan dalam Jadual Penentu Ujian. Ujian boleh dijalankan apabila pencalonan diterima. Selain itu, ujian akan dilaksanakan secara individu atau kumpulan kecil. Hasil daripada ujian  akan direkodkan dalam Borang Rekod Ujian untuk difailkan.

Bilangan murid yang diterima masuk ke kelas Pemulihan Khas berdasarkan beberapa faktor seperti skor yang lemah, jenis masalah yang dihadapi oleh murid dan ruang yang ada untuk Kelas Pemulihan Khas. Terdapat dua Instrumen Ujian Saringan iaitu Instrumen Penentu Penguasaan 2M (IPP2M) - mata pelajaran Bahasa Malaysia dan Instrumen Kemahiran Asas Matematik (IKAM).

Menurut garis panduan pelaksanaan Program Pemulihan Khas, 2012 pula, penilaian saringan terbahagi kepada dua tahap, seperti yang disenaraikan berikut: 


 (iii) Ujian Diagonistik

Ujian diagnostik adalah ujian yang terpenting dalam Program Pendidikan Pemulihan Khas. Ujian ini digunakan untuk membantu guru pemulihan khas mengesan daerah-daerah kelemahan dan kekuatan yang dihadapi oleh setiap murid. Ujian Diagnostik wajib dijalankan dengan tujuan untuk membantu guru pemulihan khas mengesan kawasan-kawasan kelemahan dan kekuatan yang dihadapi oleh seseorang murid secara khusus dan seterusnya membentuk objektif pengajaran (baseline). Ujian ini dibentuk bukan untuk menilai peringkat pencapaian tetapi untuk mengesan masalah-masalah yang dialami ketika belajar dan mengnal pasti punca kegagalan murid dalam menguasai sesuatu kemahiran.

Ujian diagnostik dibina berdasarkan beberapa perkara iaitu Diagnostik Pengamatan, Diagnostik Lisan dan Diagnostik Tulisan. (Norhaidi Sarponen, 2009)




      (iv) Analisa Ujian Diagnostik dan Pengamatan

Keputusan analisa ujian diagnostik akan menunjukkan daerah-daerah kelemahan dan daerah-daerah kekuatan seseorang murid dalam menguasai sesuatu kemahiran. Cara ini dapat membantu guru mengenal pasti kumpulan tertentu mengikut kebolehan dan daerah-daerah kesukaran yang dihadapi.

Setelah mengetahui kelemahan murid, guru perlu mengasingkan murid mengikut daerah kelemahan masing-masing. sekiranya murid A, B dan F tidak boleh mengeja suku kata KV+KVKK, guru perlu meletakkan mereka dalam satu kumpulan. (Norhaidi Sarponen, 2009)

Justeru itu, analisa kesalahan ujian tersebut dapat membantu guru merancang satu program pengajaran secara khusus kepada seseorang individu atau kepada satu kumpulan dengan lebih tepat dan sistematik. Di samping itu, ujian ini turut membolehkan guru pemulihan merancang dan membina program dan bahan bantu mengajar yang bersesuaian mengikut tahap murid.

    ( (v) Rancangan Pengajaran 

         Guru boleh merancang pembelajaran dan pengajaran  murid berdasarkan analisa ujian diagnostik. Terdapat dua perkara yang perlu diketahui oleh guru pemulihan khas sebuelum merancang pengajaran iaitu:
·         Apa yang diketahui oleh murid sebelum pengajaran dimulakan.
·         Apa yang perlu diketahui oleh murid selepas pengajaran dilakukan.

   III (vi) Penilaian

Selepas pengajaran dijalankan adalah penting bagu guru pemulihan khas menilai prestasi yang dicapai oleh murid-murid. Penilaian hendaklah berdasarkan mutu kerja dan tahap perkembangan kemahiran murid.

Rekod prestasi kemajuan setiap individu murid penting untuk menentukan adanya proses pemulihan yang lengkap dan baik. Pencapaian murid hendaklah direkodkan berterusan sejajar dengan pengajaran dan pembelajaran serta penilaian. Kandungan dalam rekod haruslah mempunyai corak yang tersendiri selari dengan perkembangan kemajuan murid dalam satu-satu mata pelajaran.


    (vii) Tindakan Susulan

Murid yang telah dapat menguasai kemahiran yang telah dipulihkan akan menjalankan kerja susulan yang dijalankan oleh guru kelas biasa dengan bantuan dan kerjasama dari Guru Pemulihan  Khas apabila perlu. Guru kelas, guru mata pelajaran dan guru pemulihan perlu saling bekerjasama di antara satu sama lain bagi mengukuhkan kemahiran yang telah dikuasai oleh murid pemulihan.

Murid pemulihan yang berjaya menguasai kemahiran akan ditempatkan semula ke kelas biasa untuk mengikuti proses pembelajaran seterusnya. Mereka akan sentiasa dipantau oleh guru pemulihan ketika berada di kelas biasa. Tujuannya ialah untuk melihat perkembangan pelajar tersebut disamping membantu guru di kelas biasa dalam proses pngajaran mereka. Jika terdapat masalah terhadap murid tersebut, maka guru pemulihan akan bertindak segera untuk menyelesaikannya.

 vPenambahan
v  Instrumen Pengesanan Murid Bermasalah Dalam Pembelajaran (IPMBDP) dan Instrumen Senarai Semak Disleksia ( ISD )
o   Murid-murid yang telah menjalani proses pembelajaran dan pengajaran selama setahun dalam Tahun 1 dan gagal melepasi Saringan 3 adalah dicadangkan untuk menjalani IPMBDP dan ISD bagi mengenalpasti sama ada murid tersebut mempunyai ciri-ciri murid berkeperluan khas. (Tugas dan Tanggungjawab Guru Pemulihan)

No comments:

Post a Comment