Program Pendidikan Pemulihan Khas ialah satu usaha mengatasi masalah murid yang menghadapi kesulitan pembelajaran khususnya dalam menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira sebagai kemahiran asas yang menjadi fokus KBSR. Ia memerlukan tindakan-tindakan pendidikan khas yang digunakan untuk memenuhi keperluan-keperluan murid-murid yang menghadapi kesulitan terhadap kemahiran-kemahiran 3M. Murid-murid pemulihan menghadiri kelas khas dalam sekolah biasa, atau kelas pemulihan khas secara sambilan, atau menyertai kumpulan yang diundurkan dari kelas biasa untuk diajar oleh seorang guru pemulihan.
Pendidikan
pemulihan merupakan lanjutan daripada sebahagian pendidikan imbuhan. Ia
dikenali juga sebagai ‘remedial education’ di dalam bahasa Inggeris iaitu suatu
bentuk pendidikan khas kepada kanak-kanak atau pelajar yang menghadapi masalah
atau kesulitan pembelajaran dalam mata-mata pelajaran tertentu sahaja.
Pendidikan pemulihan adalah satu bentuk pendidikan untuk membetulkan sesuatu
yang kekurangan atau membetulkan sesuatu yang tidak betul atau sesuatu yang
cacat.
Pendidikan
Pemulihan Khas berbeza daripada pendidikan atau pengajaran biasa. Guru yang
mengajar kelas pemulihan khas merupakan guru yang terlatih di institusi yang
menyediakan kursus-kursus pendidikan pemulihan seperti di universiti, maktab
perguruan mahupun institut pendidikan guru sama ada dalam negara atau luar negara.
Guru pemulihan khas mempunyai kepakaran yang khusus bagi mengatasi masalah yang
dihadapi oleh murid-murid yang lemah.
Konsep pendidikan
pemulihan khas seterusnya ialah pengajaran pemulihan adalah berdasarkan kepada
diagnosis kelemahan dan kesulitan yang dihadapi oleh murid-murid tersebut.
Sebelum mereka ditempatkan di kelas pendidikan pemulihan khas, mereka akan
mengikuti prosedur-prosedur seperti yang terdapat dalam carta alir pelaksanaan
program pendidikan pemulihan khas seperti mengenal pasti murid yang menghadapi
masalah pembelajaran dan membuat penilaian awal atas mereka.
Pendekatan secara
individu, misalnya mengadakan kelas khas yang kecil dan kurikulum yang anjal
yang boleh diubahsuai bagi membolehkan murid-murid ini menguasai kemahiran
membaca, menulis dan mengira. Dalam mengajar sesuatu kemahiran, guru pendidikan
pemulihan khas hendaklah mempermudahkan gerak kerja dalam proses pengajaran dan
pembelajarannya supaya murid boleh melaksanakannya, mendapat kepuasan dan
menguasai kemahiran yang diajar.
Pendidikan pemulihan merupakan suatu pendidikan untuk mencapai objektif pembelajaran kepada murid yang menghadapi masalah pelajaran di dalam bilik darjah iaitu yang belum berjaya menguasai kemahiran selepas proses pengajaran guru dalam kelas. Dalam pendidikan pemulihan, terdapat dua jenis pemulihan iaitu pemulihan kelas biasa dan pemulihan kelas khas.
Berbagai-bagai pendapat telah diberikan oleh ahli-ahli pendidik barat dan tempatan mengenai takrifan pendidikan pemulihan. Secara lebih khusus, takrif pendidikan pemulihan itu telah diberi dengan pelbagai definisi, antaranya ialah :
O. C. Simpson (1975)

Kamus Dewan Edisi Keempat (2005:
1245,1246)
“Pulih” bermaksud kembali seperti biasa (keadaan semula). “Pemulihan” bermaksud perbuatan memulihkan, pengembalian kepada keadaan semula. Dalam konteks ini konsep pemulihan merujuk kepada kanak-kanak yang menghadapi masalah dalam pembelajaran. Pembelajaran pemulihan biasanya dikaitkan dengan usaha untuk memperbaiki sesuatu kekurangan atau memperbetul sesuatu.

Syarifah Alawiah Alsagoff (1983)
Pemulihan
ialah satu tindakan yang diambil untuk mengatasi keperluan pendidikan murid
yang mengalami kesusahan dari segi pembelajaran dalam darjah khas di sekolah
biasa, di pusat khusus yang diasingkan daripada sekolah biasa dan dalam darjah
untuk pengajaran pembelajaran biasa.
Ishak Harun dan Koh Boh Boon (1983)
Pemulihan
merupakan perkhidmatan khas untuk memenuhi keperluan kanak-kanak yang
menghadapi pembelajaran di sekolah biasa.
O. C. Simpson (1975)
Aktiviti
pemulihan merupakan tindakan khas atau tindakan khusus yang diambil untuk
mengatasi keperluan pendidikan murid yang mengalami kesulitan dari segi
pembelajaran dalam kelas khas di sekolah biasa, di pusat-pusat khusus yang
dihadiri oleh murid secara sambilan, dan dalam darjah untuk pengajaran
pembelajaran biasa.
No comments:
Post a Comment