Menurut
Ishak Harun & Koh
Boh Boon (1983,191), murid-murid pemulihan merupakan kanak-kanak yang menghadapi
masalah-masalah pembelajaran di sekolah-sekolah biasa dan memerlukan bantuan
yang sewajarnya daripada orang dewasa.
Pada tahun 1966,
Pringle telahpun mentafsirkan pendidikan pemulihan sebagai pengajaran yang mempunyai pendekatan khas yang
diperlukan oleh semua murid yang mundur dalam satu-satu mata pelajaran serta
berkemahuan dan berkebolehan belajar, melalui latihan yang sistematik dan dapat
memenuhi keperluan-keperluan mereka.
Program pendidikan
pemulihan memainkan peranan yang amat penting dan telah memberi bantuan yang
besar dalam memperbaiki masalah murid
yang tidak dapat menguasai kemahiran 3M. Hal ini dapat dilihat melalui cara
pengajarannya yang berbeza dengan kelas biasa. Dalam proses pengajaran dan
pembelajaran di kelas pemulihan, murid
yang bermasalah akan mendapat ajaran yang lebih spesifik dan diberi tumpuan.
Guru-guru dapat menyediakan latihan atau
ajaran yang paling sesuai bagi setiap murid berdasarkan tahap mereka.
Masalah 3M dapat dikurangkan sedangkan guru berupaya memantau segala aktiviti
dengan dekat sekali dan teliti. Fail-fail individu bagi setiap murid turut
merekodkan perkembangan mereka dan hal ini memudahkan guru menyediakan
pengajaran yang paling sesuai.
Fail-fail individu murid mengandungi :
Ø Borang Pencalonan
Ø Borang Latar belakang Murid Pemulihan
Ø Borang Pengumpulan Maklumat
Ø
Ujian Saringan dan
Diagnostik
Ø
Lembaran Kerja
Ø Hasil Penilaian yang telah dijalankan
Ø
Catatan-catatan lain yang
berkaitan dengan murid
Dengan maklumat yang didapati dan dikumpulkan dalam fail tersebut,
guru dapat merancangkan pengajaran yang
lebih sesuai pada tahap mereka berdasarkan bukti yang sedia ada.
Selain
daripada itu, mengikut kajian laporan daripada ‘ Asian Programme of Educational Innovation for Development ‘ (APIED
,1983), berkaitan keperluan pembelajaran dan masalah pendidikan rendah
menunjukkan pelbagai faktor. Antaranya adalah, persekitaran fizikal dan iklim
pembelajaran yang tidak sempurna, keadaan yang tidak menceriakan dan
menggembirakan merupakan factor penghalang kepada kejayaan dalam pendidikan.
Kekurangan bahan-bahan sumber, penggunaan buku teks serta kaedah mengajar yang
tidak dapat menarik minat murid-murid serta memperkayakan pengalaman
murid-murid juga dikenalpasti mempengaruhi masalah pembelajaran.
Di kelas biasa, nisbah
murid dan guru yang tinggi menyebabkan murid-murid tidak dapat memberi perhatian
sepenuhnya secara individu oleh guru yang mengajar. Oleh sebab bilangan
murid yang terlalu banyak, kadangkala murid yang bermasalah akan diabaikan.
Sebaliknya, bilangan pelajar di kelas pemulihan tidak banyak, jadi guru
pemulihan boleh berfokus kepada setiap murid untuk memberi bimbing.
Dengan pelaksanaan pendidikan pemulihan di sekolah rendah, murid-murid
yang lebih lemah yang dikategorikan sebagai kumpulan yang sukar menumpu
perhatian dapatlah menarik balik minat mereka dalam pembelajaran. Pendidkan pemulihan telah menggunakan alat dan bahan bantu mengajar
yang lebih menarik dan unik serta kreatif. Cara-cara yang kreatif tersebut
mampu menyampaikan kemahiran 3M dengan santai lalu mudah dikuasai oleh
murid-murid yang lemah dalam aspek ini.
Selain itu, kurikulum bagi pendidikan pemulihan turut berbeza
dengan kurikulum yang sedia ada. Kurikulum
dan matlamat pendidikan pemulihan adalah melepasi ujian yang mengujikan
kemahiran 3M, manakala kelas yang biasa cuma mementingkan kelulusan setiap
peperiksaan. Secara langsung, kemahiran 3M akan dititikberatkan dan dijamin
di kelas pemulihan.
Tambahan
pula, mengikut Harnet dan Lee (1988), sikap murid terhadap proses pengajaran
pembelajaran di kelas pemulihan banyak bergantung kepada motivasi guru dan
perhubungan antara guru dengan murid. Namun, guru-guru biasa pada masa kini
cuma menitikberatkan keputusan dan sukatan pelajaran sahaja lalu menjadikan
murid bersikap negatif di dalam kelas. Perhubungan antara guru dan murid turut
longgar kerana keputusan sahaja yang dikeutamakan dan kebaikan murid yang
sebenar diabaikan.
Guru
pendidikan pemulihan adalah guru yang terlatih dengan baik dan berfokus dalam
profession pemulihan ini. Mereka dilatih untuk berbeza dengan guru-guru lain
supaya berkemampuan mengendalikan murid-murid pemulihan dengan sesuai dan berkesan.
Guru-guru pemulihan dilatih sentiasanya
bersabar dan kreatif. Mereka juga seorang yang dapat mengawal emosi mereka dan kanak-kanak dengan cara yang baik. Secara
tidak langsung, murid-murid yang
bermasalah pembelajaran yang biasanya beremosi dapat menerima pengajaran dan
bimbingan yang lebih sesuai.
Sebagai
kesimpulannya, pendidikan pemulihan secara langsungnya dapat membantu masalah
3M biarpun dari sukatan kurikulum yang ditetapkan oleh pihak yang berkuasa,
keprofessional atau mutu guru pemulihan yang terjamin atau cara-cara yang kreatif
dan menarik. Pelbagai pihak turut perlu berganding bahu mengusahakan program
ini bagi menjayakannya dan mengurangkan kadar murid-murid yang bermasalah dalam
kemahiran 3M.
No comments:
Post a Comment