Wednesday, 16 April 2014

 Pelaksanaan Program Pendidikan Pemulihan

    Pendekatan pemulihan merupakan satu kaedah rawatan dan pemulihan yang dianggap penting pada masa kini bagi menagani masalah yang dihadapi oleh murid-murid yang gagal menguasai kemahiran 3M iaitu membaca, menulis dan mengira. Di samping itu, program pemulihan yang dilaksanakan ini juga dapat memberi ruang kepada murid-murid yang rendah intelek untuk mendapat peluang pendidikan yang sama seperti yang dinikmati oleh murid-murid normal.

    Bagi mengatasi masalah tersebut, Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengeluarkan perbelajaran yang tinggi untuk mengatasi masalah keciciran dalam kalangan murid-murid sekolah rendah. Justeru itu, pelaksanaan program pendidikan pemulihan adalah merupakan satu program yang tepat bagi mengatasi masalah penguasaan kemahiran membaca, menulis dan mengira.